Sebagai pemilik kucing, sudah menjadi kebiasaan sekiranya kita membiarkan kucing tersebut tidur bersama-sama dengan kita di atas katil dalam bilik kita. Seronok rasanya dapat lihat muka si comel tidur nyenyak di samping kita kan.
Walaupun begitu, ada beberapa sebab mengapa kita sebenarnya tidak digalakkan untuk membenarkan si comel tidur bersama kita.
1. Gangguan tidur
Walaupun kucing merupakan binatang yang suka tidur, iaitu sekitar 15 jam sehari, pola tidur mereka tidak sama dengan manusia yang tidur pada waktu malam. Menurut sebuah kajian, 20% responden mengatakan tidur mereka tertanggunggu akibat daripada perlakuan kucing mereka.
Sekiranya anda seorang pemilik kucing, anda mesti pernah lihat kucing anda tiba-tiba menjadi sangat aktif pada waktu malam bermain-main. Betul tak? Sebenarnya ianya adalah normal.
2. Alergik dan Asma (Lelah)
Sekiranya anda atau pasangan anda menghidapi alergik atau asma, membiarkan kucing tidur bersama di atas katil sangat merbahaya. Hal ini disebabkan bulu-bulu kucing yang mudah melekat pada cadar dan bantal.Mengikut kajian, hampir 30% manusia mempunyai alergik terhadap binatang.
3. Kotoran Pada Pasir atau Najis Kucing
Apabila kucing anda membuang najis pada pasir yang disediakan untuk mereka, sedikit sebanyak pasir tersebut akan melekat pada celah-celah jari si comel. Apabila mereka tidur atas katil anda, pasir ini akan mengotorkan pula katil anda.
Apabila anda dapati kucing anda baru sahaja membuang najis, elakkan mereka daripada ke tempat tidur anda. Lagi elok, pastikan kucing anda telah membersihkan (jilat) punggung mereka dahulu sebelum membenarkan mereka ke katil anda. Selain itu, untuk mengurankan pasir bertaburan sekitar tandas si kucing, boleh letakkan alas pada sekitar tandas kucing anda.
4. Jangkitan Bakteria dan Kuman
Kucing juga berisiko menjadi agen pembawa bakteria dan kuman lebih-lebih lagi sekiranya kucing anda sering keluar rumah. Tidur dengan kucing anda akan memudahkan jangkitan bakteria dan kuman tersebut kepada anda.
Sekiranya anda ingin membenarkan mereka tidur bersama anda, pastikan kucing telah dibersihkan dengan memandikannya dan pastikan kucing anda telah divaksin.
Sumber: iluminasi