Mungkin masih ramai lagi ibu bapa belum tahu bagaimana penjagaan bayi ketika dia dalam keadaan demam. Apabila anak demam ibu bapa harus berhati-hati menjaga baik dari segi pemakanannya serta mandian anak itu sendiri.
Jika kita tersilap langkah, berkemungkinan demam anak berkenaan mungkin akan melarat dan keadaan ini pastinya membimbangkan ibu bapa. Sebelum perkara yang tidak diingin berlaku, langkah wajar perlu diambil seperti yang disarankan doktor ini.
Doktor, boleh tak anak saya dimandikan ketika dia demam?
Soalan di atas seringkali di soal oleh pesakit saya ketika saya merawat mereka di klinik saya.
Saya bertanggungjawab memberikan penjelasan seperti di bawah supaya semua ibu bapa tahu bagaimana untuk menjaga anak ketika mereka demam.
Jangan terpengaruh dengan orang sekeliling tetapi saya berharap anda bertindak dengan ilmu dan amalkan dengan cara yang betul, Ok?
1. Apa itu DEMAM?
Demam adalah naiknya suhu badan dari suhu normal 36-37.5 Celcius, iaitu lebih 37.5 °C. Demam sebgai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria atau virus. Ketika ini suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi itu.
Itulah kita sebagai ibu bapa relax sajalah jika bayi itu tetap aktif bermain, minum & makan. Tak perlu berikan pada dia ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.
2. Senaraikan Cara Menurunkan Suhu Badan Ketika Demam
A. Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan air panas suam (Tepid Sponging) lalu diletak di dahi, perut, leher, ketiak & celah paha. Air hangat suam ini membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan memudahkan mengeluarkan panas dari dalam tubuh.
B. Menjadi kesilapan anda jika:
i. Kesilapan selalunya menggunakan air sejuk, ais, atau ketualan ais, Hal ini akan menyebabkan peningkatan lagi suhu badan bukannya menurunkan suhu badan.
Air sejuk atau dingin akan menyebabkan pembuluh darah di kulit akan mengecut sehingga panas yang dibawa darah ke bahagian kulit akan terhalang.
ii.Apatah lagi apabila demam ada di kalangan ibu bapa menyuruh mandikan anak dengan air yang mempunyai ais. Kasihan pada si anak pasti dia akan lagi mengigil serta akan lagi naik demamnya.
Jika ingin membuatkan eksperimen, kita sebagai ibu bapa cuba mandi dengan air sejuk dan pijak lantai pasti akan menggeletar apatah lagi jika mandi dengan air sejuk.
Kalau periuk yang panas jika dibasuh pasti periuk itu akan berasap. Kita mesti sejukkan periuk dulu sebelum dibasuh bukan?
Kalau inginkan guna air ais atau ketulan ais, dibolehkan tetapi kasihan pada si anak akan menangis kesejukan dengan tiba-tiba. Anda boleh memilih yang mana lebih sesuai untuk anda gunakan.
3. Gunakan Selimut Semasa Demam
Cuba hindari dari menyelimuti bayi anda yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis dan longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke tahap normal.
4. Kekerapan Meminum Air
Demam memaksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau berikan air yang banyak kepada bayi anda untuk elakkan dehidrasi.
Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas.
5. Hindari Guna Air Sejuk
Jika nak dimandikan juga bayi atau kanak-kanak yang panas dibolehkan, tapi air yang digunakan harus air yang hangat suam atau air paip, bukan air sejuk ais. Dengan begitu tubuh jadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian.
6. Jika Anak Masih Aktif Tak Perlu Makan ubat
Anak tak perlu makan ubat jika ia demam tapi boleh bermain atau makan minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38 celcius.
Sekiranya bayi atau anak anda demam berpanjangan lebih dari 2 hari dan kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah dan cirit. Ini tanda INFEKSI KUMAN/VIRUS yang tubuh bayi atau kanak-kanak tidak dapat melawan. Segeralah bawa ke berjumpa doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.
Nasihat saya segera rawat demam anak anda. Elakkan dari sawan panas tarik "Febrile Fit".
Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04-6444181