Sebelum kita biacarakan tentang petua merawat resdung, seeloknya kita kena tahu dulu apa itu RESDUNG. Resdung adalah sejenis penyakit yang mana terjadinya radangan pada rongga sinus. Ia disebabkan oleh jangkitan kuman. Ia juga dikenali sebagai jangkitan sinus atau rinosinisitis yang merupakan keradangan pada sinus. Biasanya mereka bersih berterusan akibat kegatalan hidung muka serta merasa sakit. Kadangkala mereka akan merasa tertekan.
Tanda dan gejala biasa adalah termasuk mempunyai lendir tebal dalam hidung, hidung sering tersumbat, selalu bersin dan sakit pada muka. Mungkin bagi mereka yang tidak mengalami masalah resdung tidak merasa betapa sengsaranya. Namun bagi mereka yang mengalami masalah resdung, Tentu mereka akan berbuat apa saja untuk menyelesaikan masalah ini.
Petua Merawat Resdung
Bagi mereka yang tidak terkena dengan masalah resdung ini, mereka tidak akan merasa risau tentang masalah ini. Atau tidak akan mengambil tahu tentang petua merawat resdung.
Resdung boleh menyebabkan mata kita menjadi bengkak dan muka akan nampak sembab. Kegatalan berlaku di seluruh muka. akibatnya ia tidak begitu selesa terutama apabila berdepan dengan orang ramai seperti ketika bekerja atau berada di luar. Inilah antara kesusahan yang terpaksa di lalui oleh mereka yang mengalami masalah resdung terutama yang teruk.
Pesakit resdung akan berbuat apa saja bagi mengatasi masalah ini. Berbagai-bagai petua akan mereka cuba. Oleh itu, apa kata anda mencuba petua ini pula. Mana tahu ianya bersesuaian dengan anda.
Sudah tentu anda tertanya-tanya petua apa bukan? Nah inilah petuanya. Anda hanya perlu menyediakan bahan-bahan berikut yang ada di keliling rumah anda atau di dapur anda iaitu 8 biji limau nipis dan 10 helai daun pandan. Senang untuk dicari bukan?
Bagaimana cara untuk menyediakan?
- Hiris daun pandan halus-halus sepertimana hirisan bunga rampai.
- Kemudian perahkan limau nipis ke dalamnya. Gaulkan hingga rata.
- Sapukan pada seluruh muka terutama pada kawasan muka yang gatal. Hati-hati jangan sampai masuk mata. Biarkan seketika. Tapi anda harus ingat. Ianya pedih!
Apa Berlaku Selepas Itu?
Jika petua merawat resdung ini bersesuaian dan serasi dengan anda, ulat resdung akan keluar dari muka anda dalam masa tidak sampai lima minit. biasanya kawasan yang paling banyak keluar ulat adalah melalui kening dan juga hidung.
Jangan mudah berputus asa, terus amalkan petua ini berkali-kali. Anda yang telah mencuba disyorkan supaya lakukan tiga kali seminggu agar menampakkan hasil yang lebih baik.
Difahamkan antara waktu yang paling sesuai untuk melakukan rawatan ini adalah antara jam 10 pagi hingga 3 petang. Anggaran melakukan pada waktu ini adalah kerana dikatakan waktu virus sedang aktif. Oleh itu, apa salahnya anda mencuba pada waktu ini.
Jika anda bekerja atau tidak mempunyai masa seperti masa yang dinyatakan, anda boleh juga melakukannya pada bila-bila masa termasuk di waktu malam. Seeloknya gunakan campuran yang baru dibuat. Kerana bahan yang sudah lama disediakan jika disimpan, ianya kurang berkesan berbanding yang baru disediakan.
Semoga artikel petua merawat resdung ini bermanfaat dan membantu mereka yang memerlukan. Semoga ianya serasi dengan anda. Selamat mencuba.
Apa komen anda? jangan lupa komen dan share. Terima Kasih.
Sumber: Kartel Dakwah