Panik dan mencemaskan tatkala si kecil tersayang yang sedang mengalami demam panas secara tiba-tiba kejang, mata terbeliak atau tidak sedarkan diri.

Keadaan tentu saja menjadi serba tidak kena, si ibu atau bapa terutama yang tidak mempunyai pengalaman mula tidak keruan sebelum terus membawa anak ke hospital atau klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Apabila tiba di pusat rawatan, ibu bapa dimaklumkan si kecil mengalami demam sawan yang biasanya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi.

Inilah Petua Demam Panas Dan Sawan Tarik Perlu Anda Ketahui 

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je… sebab badan tak selesa…Apa perlu buat kalau anak demam panas?

  • Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat… kadang-kadang kita tak perasan).Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah. 
  • Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.
  • Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan.
  • Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.

Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah?



1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu… Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia…

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk.

Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

Ingat, waktu anak kejang tu… seluruh badan dia kejang… so jgn goncang-goncang badan dia.

Terus baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk.

Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas… dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari menerima oksigen.

Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen.

Otak kalau tak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih…..

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.

Akhbarkini