Demam, batuk, dan selesema? Hal-hal ini tdak dapat dinafikan boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan boleh mengurangkan produktiviti kerja seharian kita. Mari kita sama-sama baca perkongsian daripada Dr. Suri Roowi mengenai langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk meringankan kesan-kesan daripada masalah-masalah tersebut.
Caranya adalah:
1. Minum air bawang putih
Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema. Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin. Selepas itu barulah ditambah air suam. Sebaiknya diambil bersama madu. Dapatkan madu yang asli.
2. Halia
Herba popular untuk bantu rawat batuk. Hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli. Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk.
3. Nenas
Mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.
4. Minum madu asli
Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.
5. Minum yogurt atau madu kelulut
Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.
6. Terdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk
Banyakkan berdoa memohon kesembuhan. Allah berfirman dalam Al Quran;
Dan apabila kamu sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan.(Surah Ashshu’ara’ ayat 80)
7. Limau nipis dan lemon
Membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
8. Bawang merah
Sumber yang mudah didapati untuk membantu mengurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
9. Bahan meruap mint (Mentha piperita)
Membantu mengurangkan batuk. Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus
10. Kunyit
Secara semula jadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.
11. Air garam
Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam
12. Kayu manis
Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Doktor anda
Sumber: Dr Suri Roowi