Bila kahwin siapa tak nak bahagia kan... Kalau boleh nak happy, sweet Je setiap hari... Biasalah gaduh-gaduh kecil tu.. sedangkan lidah lagi tergigit kata orang...

Bahagia dalam rumahtangga perlu dipupuk dan dibajai setiap hari... Selain dari tu, kena jaga pantang larang kalau nak bahagia... Antara 6 pantang larang yang penting telah dikongsikan oleh Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias...

1. Jangan Puji Orang Luar

Jangan sesekali puji orang luar misalnya jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. Ini akan buat suami atau isteri terasa diperbandingkan. Malah cara ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang dihati suami atau isteri. Jangan bangkitkan rasa cemburu atau kemarahan pasangan kita dengan memuji orang lain.

2. Jangan Tinggikan Suara

Jangan sesekali meninggikan suara apa lagi menjerit kepada pasangan. Kurang sopan. Tegur dan nasihatkanlah dengan nada rendah dan lembut agar tidak mengguris hati pasangan. Ingat bahawa pentingnya menjaga hati pasangan kita.

3. Jangan Abaikan Pasangan

Berusahalah untuk sentiasa menjadi pendengar yang baik buat pasangan kita. Ibaratkan seperti kawan, kita bercerita dan berkongsi segala masalah bersama pasangan. Ini buat hubungan jadi lebih baik. Jangan sesekali abaikan pasangan bila dia luahkan masalahnya. Jadilah pendengar yang terbaik.

4. Jangan Berbohong

Paling penting jangan sesekali berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. Ingat tu!

5. Elakkan Jauh Dari Isteri

Jangan sesekali cuma menjauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah adalah perbuatan yang keji. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.

6. Sentiasa Mengaku Salah

Setiap kali buat salah, mintalah maaf dan bersedialah untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak sentiasa betul setiap masa. Kita pun manusia biasa!

Jaga enam pantang larang ini... Biasakan ucapkan terima kasih dan minta maaf dalam rumahtangga setiap hari...

Bahagia itu kita pilih... Jika berlaku konflik..selesaikan bersama, bukan cari orang lain untuk selesaikan apatah lagi mengadu dalam Facebook... Tak kan selesai bahkan bertambah parah nanti...

Sebelum kahwin, tetapkan matlamat.. kenapa kita kahwin... InshaAllah..niat betul.. matlamat betul.. Allah akan pelihara rumahtangga kita... Ciptakan bahagia dan rasa cinta setiap hari...untuk rasa pengantin baru setiap masa...

Akhbarkini