Seorang penyanyi solo di Korea Selatan, Jay Kim mengambil keputusan untuk memeluk Islam setelah lama menangguhkan hasrat kerana ibunya tidak bersetuju.
Jay atau nama Islamnya Daud Kim berkongsi perkara tersebut melalui sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.
Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, banyak perubahan dalam kehidupannya sejak dia berminat untuk mempelajari tentang agama Islam.
Walaupun belum melakukan persediaan sepenuhnya, Daud berkata dia akan cuba menjadi seorang Muslim sejati mengikut langkah sebetulnya.
“Assalamualaikum since I became interested in Islam, many things in my life have changed. Actually I am not fully prepared, but I will try to be a good Muslim step by step,” tulisnya.
Tambah Daud yang pernah menganut agama Kristian Katolik itu, dia ingin bertaubat kepada Allah SWT setelah sedar banyak dosa dilakukan selama ini.
“Although I have previously sinned a lot, I want to repent my sins and stand in front of Allah,” katanya.
Dia mengetahui bahawa Allah sentiasa berada di sisinya walaupun dilahirkan sebagai seorang bukan Muslim sebelum ini dan bersyukur setelah mendapat petunjuk daripadaNya.
“Although I am not a born-Muslim, I know that Allah is always with me. Thanks to Him to give me the Signal and help me to recognize it..
“Thanks to Him to show me the right path. There is no God but Allah and Muhammad is His messenger,” ujarnya.
Terdahulu, Daud beralih menjadi ‘Youtubers’ selepas mengeluarkan dua album mini di bawah sebuah syarikat rakaman.
Penyanyi itu sering memuat naik video nyanyian ‘cover’ dan menghasilkan banyak vlog mengenai budaya Islam di Korea.
Tonton video penuh:
Sumber: Instagram , Youtube , Omm