Cara buat dumpling wrapper sendiri (adunan sikit). Saya suka buat dumplings dan gyoza dengan menggunakan home-made wrapper. Jenis kulit yang ni guna tepung gandum dan air panas saja. Kalau nak buat wrapper gyoza, canai adunan senipis yang boleh. Kalau kulit wantan tak perlu nipis sangat.
Bahan-bahan:
- Tepung gandum 160gm
- 90 ml air panas (tak mendidih, dalam 65-70 darjah C)
Cara-cara:
– Campurkan guna sudu sebab panas. Bila dah tak panas, uli sampai tak melekat dan adunan licin (dalam 3-4 minit).
– Biarkan dalam bekas bertutup 45 minit.
– Jadikan 12 bebola kecil. Saya guna tortilla press untuk leperkan. Kalau tak mahu melekat antara satu sama lain, tabur tepung jagung.
– kalau nak saiz serupa, guna acuan / mulut cawan untuk potong bulat-bulat sekata.
Dah siap boleh letak inti yang kita dah buat. Inii dumplings yang saya buat untuk rebus dalam Sup dan dihidang dengan mee wantan. Jadi tebal sikit tak apa. Kalau untuk dikukus, atau dibuat gyoza, kena nipis lagi.
Kenapa best buat sendiri kulit ni? Sebab bahan memang ada di rumah, dapat ketebalan yang macam kita suka, saiz yang kita nak, dan boleh buat cukup-cukup untuk kita nak makan. Buat inti pun cepat saja.
Sumber: Facebook Ida Alina Salleh