Bila dengar berbagai-bagai rintihan sahabat dengan serangan hama, ulat, kutu-kutu dan macam-macam. Saya bagi satu lagi rahsia penjagaan kebun kesayangan kita. Tembakau adalah supaya hama tak kebal dari 1 bahan semburan.

Bahan-bahan:

1. Air Tembakau = 100ml / 1 batang rokok

2. Cuka Kayu = 3ml

3. Sabun Pencuci = 2 kali picit/ 5ml

4. Penyukat 20 ml = Untuk sukat

5. Botol Spray = 1 Liter

* Campur semua bahan dgn air 1 liter dan goncang. Siap. Bolehlah menembak sasaran.

– Spray je apa-apa pokok. Menjaga pokok-pokok kesayangan kita. Pastikan pancit keseluruhan pokok. Pucuk, bawah dan atas, daun, batang dan tanah.

– Amalkan seminggu atau 2 minggu sekali. Waktu sesuai untuk buat semburan pukul 5 petang ke atas kerana serangga, kutu dan hama aktif di waktu malam.

– Ujian dilakukan. Hama dan kutu-kutu yang kecil. Tak payah cerita, ni yang besar pun ternyata. Pastikan tembak tepat ke sasaran.

Selamat mencuba!

Sumber: D’Pro A’nas