Ok stok baja organik dah nak habis.. Jadi kita proses buat lain.. Sesuai untuk semua tanaman.. Modal RM pun ciput jaa nak buat baja ni.. Saya guna dah hampir 2 tahun dah sejak belajar berkebun dekat rumah.. Sayuran dan bunga-bungaan saya belum pernah kena serangan serangga perosak sejak guna baja buatan sendiri ni lagi bagus kan.
DIY BAJA ORGANIK, MODAL ‘CIPUT’ JE
1. Sediakan 100gm MSG, sisa perut ikan 3 kg, gula merah 3 kg, bawang putih 5 labu atau lebih, kulit telur yang dikisar 500gm.
2. Letak semua bahan ini dalam bekas dan campur air yang tiada klorin lebih kurang 10 atau 15 liter.
3.Perap selama sebulan di tempat gelap, jika tiada tempat gelap anda boleh tutup dengan plastik hitam.
4.Selepas sebulan tapis dah boleh terus guna. Nak simpan dulu pun boleh.
Cara Penggunaan
1. Ambil 10ml baja organik campur dengan 2 liter air tanpa klorin. Sembur pada daun dan pucuk pokok. Boleh juga siram pada pangkal pokok sayur yang berdaun, berbuah dan juga pokok bunga hiasan.
Hasil tanaman memang segar-segar dan hijau!
Selamat mencuba!