Selain itu juga, kesan karat tersebut boleh wujud secara semula jadi. Kebiasaanya, ia berpunca daripada tindak balas air pada permukaan konkrit. Biasanya ia berlaku pada bahagian paip air dan rekahan konkrit.
Dah macam-macam cara diguna untuk menanggalkan kesan karat tersebut. Kebiasaanya, cara paling mudah adalah dengan menggunakan asid.
Tapi, kadah itu mengundang anca man lain pula. Sebenarnya, ada cara yang lebih selamat dan mudah iaitu hanya dengan menggunakan lemon.
Cara Hilangkan Kesan Karat Besi Pada Lantai
Bahan-bahan:
- Jus lemon
- Cuka
- Berus kasar
- Botel semburan
Cara-cara:
1. Cuci keseluruhan permukaan yang terdapat kesan karat dengan air bersih terlebih dahulu
2. Perah lemon pada kawasan berkarat dan gosok atau sental seketika dengan menggunakan kulit lemon tersebut
3. Biarkan selama 10 minit
4. Berus permukaan karat yang telah diperah lemon tadi. Semburkan sedikit cuka pada permukaan yang disental supaya sedikit basah. Ulang beberapa kali sehingga kesan karat hilang.
Semoga bermanfaat