Dengan adanya perkongsian ini, barulah anda boleh pilih cili kering untuk digunakan dalam masakan sama ada suka yang pedas atau yang kurang pedas.
PERBEZAAN CILI KERING IKUT TAHAP KEPEDASAN
Tak habis-habis lagi perkenalkan jenis cili ni. Hadamkan ya. Kalau pedas jugak cili yang tuan puan beli dikedai, boleh beli dengan Kak Diva. Kak Diva boleh pos. So jom kita baca .
1. GEMUK
Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender. Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana.
Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668, dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak² atau orang tua. Kalau tuan puan suka kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.
Tahap Kepedasan: Tak Pedas*
2. 668
Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding Cili Kering Gemuk. Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty. Original: Thailand
Sesuai untuk dimasak: Kuih popia sira, Kuih burger Malaysia, Sambal Ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata/rebus/pecah, Shellout dan lain-lain.
Sesuai untuk tuan puan yang suka kan pedas. 10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.
Tahap kepedasan: Pedas*
3.TEJA
Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting. Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa. Ia juga dinamakan Cili Kering Siam. ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang.
Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering) Sesuai untuk mereka yang sukakan pedas.
Tahap kepedasan: Sangat Pedas
*Persamaan untuk cili kering ialah pijar apabila disentuh.
Sumber: Zurr Izaty Zolkepli